Semua orang pernah melihat buah delima. Ianya buah yang unik, cantik dan harum.Berasal dari Parsi (kini dikenali sbg Iran) dan di Utara India sekitar banjaran Himalaya. Di Thailand, delima di anggap sebagai buah yang suci dan keramat. Ramai orang membawa buah ini untuk dipersembahkan kepada Kuan Yin (Dewi Masyarakat Cina). Lebih 8000 tahun dahulu, buah ini telah digunakan sebagai penawar untuk pelbagai jenis penyakit. Terdapat banyak nasihat dan vitamin yang terkandung di dalam buah Delima antaranya Magnesium dan Kalsium yang bagus untuk pengaliran darah.Terdapat dalam al-Quran, hadith dan kitab purba Parsi ( yang menjadi sumber rujukan Perubatan Barat) menyatakan kebaikan dan khasiat buah ajaib ini, antaranya :
1) mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
2) membersihkan hati dan saluran perkumuhan
3) menyingkirkan lemak berlebihan
4) meningkatkan tenaga, mencegah rasa mual
5) menstabilkan tahap hormon semasa kemuncak haid
6) mencantikkan kulit muka
7) membantu memulihkan pesakit diabetis
8) berupaya mengurangkan kahak
9) memberi tenaga dan mencegah keletihan
10) mencegah angin ahmar bagi warga emas
11) melancarkan peredaran darah
Hasil dari analisis perubatan moden tentang kebaikan buah delima adalah :
- ia mengandungi anti-oksida yang tinggi
- anti-oksida yang tinggi dalam buah ini mampu mengurangkan tahap kolesterol yang terkumpul dalam salur darah dan mampu melembutkan salur darah yang sempit dan keras
- penggunaan 50ml jus delima untuk 2 minggu berturut-turut mampu mengurangkan tekanan darah sebanyak 5%. Walau bagaimanapun, jumlah yang disarankan hanya 15 - 30 ml sahaja, atau pun 1 - 2 sudu teh sudah memadai untuk diambil setiap hari.
- ia meningkatkan keupayaan hati dan membantu mencegah dan mengurangkan kesan "
hepatoprotective" - kandungan anti-oksidanya mampu menghalang pembentukan sel darah payudara
Buah delima adalah buah yang sangat bermutu. Di Jepun, media massa telah pun mempromosikan khasiat buah ini. Merawat sakit jantung,tekanan darah tinggi, memberi tenaga, mencerahkan kulit dan banyak lagi. Jus delima adalah minuman kesihatan yang terbaik dan berkhasiat.
Catatan : Ia tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna atau pemanis tambahan. Oleh itu, perlu disimpan dalam peti sejuk selepas dibuka.
Harga : RM 71.30
Harga ahli : RM 53.50
Berat bersih : 700 ml
Tiada ulasan:
Catat Ulasan